Monday 4 April 2016

OGOS 2016: KURSUS TEKNIK MENGISI DOKUMEN TAWARAN TENDER DAN SEBUTHARGA







Kursus teknik mengisi dokumen tawaran tender dan sebutharga ialah satu kursus yang menerangkan tentang jenis tender dan sebutharga yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan. Kandungan kursus meliputi penerangan berkaitan membuat anggaran dan mengira kos projek, proses-proses dalam tender dan sebutharga. Kursus akan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan teknik dan panduan dalam mengisi dokumen tawaran bagi tender dan sebutharga.  Ia juga akan memberi penekanan tentang syarikat kontraktor atas sebab-sebab kegagalan dalam penyertaan sesuatu tender dan sebutharga.

Diakhir kursus peserta akan dapat:
Mengetahui jenis-jenis tender dan sebutharga
Membuat peranggaran kos projek dan mengira harga projek
Memahami proses-proses dalam tender dan sebutharga
Mengetahui kesilapan yang sering dilakukan semasa mengisi dokumen tawaran tender dan sebutharga