Tentang Kami

Dynamic Excellent Consultancy merupakan firma pembangunan latihan yang ditubuhkan atas konsep “ IQRA’ ”. Kami menyediakan perkhidmatan latihan dan khidmat nasihat dalam pelbagai bidang seperti teknikal, pengurusan, motivasi, keselamatan dan kesihatan. Kami juga menyediakan perkhidmatan menyediakan modul-modul latihan komprehensif. Penceramah-penceramah kami terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran dan mempunyai pengalaman yang luas. Kami juga meletakkan fima ini sebagai “Business Networking” dan juga pusat rujukan “One Stop Centre”  bagi pembangunan latihan dan khidmat nasihat.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ir. Fait bin Hanapi, P.Eng, MIEM, AAE :
Pengurus Latihan, DEC
Berkelulusan Sarjana Sains Pengurusan Projek dari Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kini menjawat jawatan sebagai Jurutera (Mekanikal) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang dalam Pengurusan Projek dan Pentadbiran Kontrak dan Perolehan Kerajaan. Memulakan kerjaya sebagai Jurutera di salah sebuah vendor pengeluar kereta nasional. Pernah berkhidmat dalam bidang kejuruteraan perubatan sebagai Jurutera Rekabentuk di salah sebuah syarikat pembuat peralatan dan kelengkapan hospital. Pernah berkhidmat di salah sebuah syarikat pengeluar minyak kelapa sawit sebagai Penolong Pengurus Operasi Loji. Pengalaman yang dimiliki merangkumi segala aspek pengurusan dari Planning, Organizing, Leading dan Control dalam sesuatu projek. Beliau juga aktif dalam badan professional Instiute Engineers Malaysia (IEM) dan juga badan bukan kerajaan Yayasan Salam Malaysia.

Mohd Saiful Lizan bin Mohd Lajis :              
Pengurus Teknikal, DEC
Kini menjawat jawatan sebagai Penolong Jurutera Kanan (Awam) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan telah berkhidmat hampir 11 tahun. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan pelbagai Pengurusan Projek di luar dan di dalam UPSI. Sebelum memulakan perkhidmatan dengan UPSI, beliau pernah terlibat dalam bidang konsultansi di syarikat-syarikat swasta. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalian pengurusan di tapak projek dan juga berpengalaman 

Associate Lecturer, DEC 
Norazilan Bin Mazahar 
(Bidang Ukur Bahan)

Rozdi Bin Md. Nor 
(Bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

Shaharudin Bin Md. Lias 
(Bidang Kejuruteraan Elektrkal)

Hazman Bin Satikin 
(Bidang Kejuruteraan Mekanikal)

Mohd Hedzir Bin Hj. Sulaiman
(Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia)

Jaafar Bin Ramli
(Pegawai Pembangunan & Senggaraan)
Politeknik Sultan Azlan Shah

Ruzaini Bin Mohd Arshad
Certified Safety & Health Officer (SHO)
Radiation Protection Officer in Gauges (RPO)

No comments:

Post a Comment